Thursday, March 18, 2010

TIPS & PANDUAN-asas

Di dalam ruangan Tips & Panduan ini, kami ingin berkongsi bersama-sama anda serba sedikit tentang pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja renovasi di rumah anda berkaitan kerja-kerja besi.
Bagi sesetengah daripada anda mesti pernah rasa tertipu atau memang pernah tertipu dengan janji2 kontraktor tapi bila dah siap kerja, apa yang dijanjikan lain pula jadinya.Memang sukar bagi pelanggan mencari kedai atau kontraktor yang betul-betul boleh memenuhi citarasa anda.Maklumlah, jika 10 orang pelanggan yang datang 10 jenis ragam lah yang terpaksa kami layani. Ada pula yang lepas dapat duit deposit, terus gagal dihubungi atau terus cabut. Kerja x buat, duit pula melayang.
Berikut merupakan beberapa tips & langkah mudah yang anda boleh ambilkira sebelum merancang renovasi yang boleh anda lakukan di kediaman anda:

a) Rancang dengan betul & teliti sebelum memilih kontraktor ada.Pastikan anda tahu apa yang anda ingini dan berterus terang dengan kontraktor apa yang anda mahukan. Sering berlaku, bila dah sampai kedai lain dirancang, lain yang dapat. Salah satu faktor kontraktor cuba mencadangkan anda yang lain supaya mereka dapat mark-up atau untung lebih. Sebab itu, pelanggan perlu tegas dan tahu apa yang anda mahukan. Bukankah customer always right?

b) Kumpul sekurang-kurangnya 3 sebutharga bagi kerja yang sama yang anda ingini. Perkara ini juga perlu anda ambilkira supaya anda sendiri dapat membuat penilaian harga,kualiti & kemampuan anda. Tidak semestinya yang murah itu berkualiti. apa yang penting adalah kepuasan dan kualiti kerja memenuhi kehendak & citarasa anda sekeluarga. Dan budget pun x  burst! Jika anda bertuah, terdapat kontraktor yang memberikan harga lump sump(pukal) jika anda ingin membuat banyak kerja (cth awning, grill dll) dalam waktu yang sama.Tentu ini lebih menguntungkan anda,kan?Pastikan juga, harga yang ditawarkan oleh kontraktor jelas. Sering berlaku, harga yang ditawarkan lebih rendah dari tempat lain. Rupa-rupanya ada kos yang tersembunyi seperti kos pengangkutan, caj cat, caj lain-lain. Bila dijumlahkan harga nya jauh lebih tingi dari tempat lain.Ini sering berlaku bagi kerja dimana kilang terletak lebih jauh dari kediaman anda. Sebab itu, tanya dan minta jelaskan dengan betul semasa proses meminta sebutharga supaya perkara ini tidak berlaku kepada anda.

c) Kenalpasti budget anda. Seringkali pelanggan terkejut dan bertanya 2,3 kali tentang harga yang ditawarkan. Apa tidaknya, anda sendiri tidak tahu berapakah budget anda. Memang kebanyakan pelanggan ti dak arif atau tidak tahu langsung berapakan harga pasaran bagi kerja-kerja contohnya awning.Terdapat pelbagai cara untuk anda mengkaji dulu sebelum terus menempah kontraktor untuk membuat kerja. Risik lah daripada rakan anda yang pernah membuat kerja renovasi di rumah mereka.Tapi satu perkara yang perlu anda ketahui, harga besi mengikut harga semasa. jadi, anda boleh congak lebih kurang harga pasaran sekarang.

d) Adakan perbincangan yang teliti dengan pihak kontraktor sebelum anda yakin untuk menempah dengan mereka. Pastikan juga, kedudukan kilang mereka tidak menyusahkan anda untuk melihat atau spot check tempahan anda itu. Ini memudahkan anda untuk memastikan bahawa apa yang anda ingini sama dengan apa yang dibuat oleh pihak kontraktor. Jika terdapat sebarang perubahan pun, kedua dua pihak tidaklah sulit sangat kan? Kontraktor akan menyajikan kepada anda pelbagai design seta contoh-contoh di dalam katalog untuk anda sebagai rujukan. Atau anda boleh cipta rekaan anda sendiri..yang penting bersikap telus dengan kontraktor itu lebih baik.Ada juga berlaku apabila kerja telah siap pelanggan tidak berpuas hati kerana pada peringkat perbincangan  pelanggan tidak beritahu sepenuhnya kepada kontraktor. Ini boleh menimbulkan salah faham diantara 2 pihak.

e) Pastikan anda ketahui maklumat kontraktor. Ini adalah paling penting terutamanya apabila anda sudah memberi tanda persetujuan dengan kontraktor senang kata wang deposit. Selain no telefon bimbit, pastikan anda mempunyai no telefon pejabat atau kilang. Inilah pentingnya anda mengetahui alamat kilang atau pejabat urusan kontraktor tersebut. Senang jika anda ingin bertindak akibat tertipu..

Semoga dengan Tips & Panduan asas ini dapat membantu anda memilih kontraktor bagi kerja renovasi di rumah anda dengan sempurna. Ikuti Tips & Panduan lain supaya dapat menambah pengetahuan anda.

Tuesday, March 16, 2010

Grille Keselamatan Jenis Wrought Iron



Keselamatan merupakan aspek yang paling penting yang perlu anda titik beratkan apabila mula berpidah masuk ke kediaman anda. Tidak kiralah samada anda menyewa atau membeli sendiri. Terdapat pelbagai pilihan grille yang terdapat di pasaran seperti stainless steel, wrought iron, aluminium  atau mild steel.
Di ruangan ini, kami akan menerangkan kepada anda serba sedikit tentang grille dari jenis wrought iron. Untuk mendapatkan tips dalam pemilihan grille dari jenis ini, sila klik di bahagian Tips & Panduan atau hubungi wakil jualan kami.
Wrought Iron biasanya disifatkan sebagai 'klasik, mewah,Vantage'. Kadar hayat lapisan catnya pula lebih lama jika dibandingkan dengan grill jenis mild steel kerana ia mempunyai 2 lapisan cat. Bagi Pintu pagar pula ia dilapisi dengan 3 lapisan cat iaitu 'lapisan clear' sebagai lapisan paling atas. Walaupun harga nya lebih tinggi dibandingkan dengan mild steel, ia mampu memberikan impak yang cukup berlainan bagi kediaman anda. Ia juga boleh melengkapi konsep kediaman seperi klasik, kontemperori atau moden. Terdapat pelbagai corak dan rekabentuk yang anda boleh pilih di kilang kami bagi memenuhi citarasa  dan gaya hidup anda. Berbincanglah dengan wakil jualan kami bagi mendapatkan pilihan yang tepat dengan budget dan pilihan anda.

Awning

Terdapat pilihan lain bagi melengkapi luar kediaman anda. Dikenali sebagai 'awning', ia semakin mendapat pilihan ramai selain dari harga yang lebih rendah berbanding polycarbonate dan pergola. Didatangkan dengan 2 jenis dalam variasi warna yang pelbagai iaitu : a) 1 warna
                                                                     b) 2 warna(belang hitam)
Awning dilengkapi dengan bingkai besi Mild Steel bersaiz 1/2" atau 6/8" dengan variasi warna yang sesuai dengan citarasa dan konsep kediaman anda.

Polycarbonate

Bagi mereka yang gemarkan kelainan dan lebih keselesaan, polycarbonate adalah jawapan tepat bagi masalah anda. Selain penyerapan haba, penggunaan polycarbonate dapat menambah keselesaan dan kecantikan kediaman anda terutamanya dibahagian hadapan. Didatangkan dalam 4jenis bingkai(frame) :
a) Bingkai Mild Steel
b) Bingkai Stainless steel
c) Bingkai Wrought Iron
d) Bingkai Pergola(kayu)

Anda boleh memilih dari lebih 5jenis warna-warna yang menarik & sesuai dengan citarasa anda.Terdapat 2 jenis polycarbonate iaitu:

1. Hollow















2. Solid